HUBUNGAN suami isteri ada naik dan turun, baik dan buruk. Begitu juga hubungan sesama kawan dan dalam masyarakat.
Menyentuh hubungan antara suami isteri, Islam sudah menggariskan hak dan tanggungjawab antara mereka. Setiap pasangan hendaklah berusaha melaksanakan hak dan tanggungjawab berkenaan. Hubungan suami isteri juga dibina atas asas kasih dan sayang.
Pasangan hendaklah saling pupuk memupuk perasaan itu. Antaranya membabitkan hubungan perasaan dan seksual.
Justeru bawalah berbincang dengan isteri berkenaan hal berkenaan secara baik dan berhikmah supaya tidak menyinggung perasaan antara satu sama lain.
Suami sememangnya menyedari tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk sebagai pendidik kepada isteri. Al-Quran menerangkan penyelesaian kepada isu suami isteri, antara dalam Surah al-Nisa’, iaitu: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah al-Nisa’ ayat 34)
Carilah jalan yang sebaiknya menyelesaikan kemelut perasaan anda dengan isteri. Luahkan secara baik dan ikatkan isteri dengan ajaran agama. Semoga ada perubahan dalam tingkah laku isteri nanti.

No comments:
Post a Comment